Write For Us

Loke: 21 pemandu lori positif dadah sepanjang 4 hari operasi JPJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
17 Views
Published
Kerajaan bercadang meminda Seksyen 45A di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi mengenakan tindakan lebih tegas terhadap pemandu di bawah pengaruh dadah walaupun tidak menyebabkan kemalangan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata cadangan tersebut akan diusulkan ke persidangan ketiga Dewan Rakyat pada Oktober ini selepas perbincangan lanjut bersama pegawai kementerian dan jabatan berkaitan.

Loke berkata Operasi Khas Kenderaan Perdagangan selama lima hari bermula 1 Ogos lepas merekodkan seramai 21 pemandu positif dadah hasil pemeriksaan saringan ujian air kencing terhadap 276 pemandu kenderaan perdagangan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment