Write For Us

Loke nasihat pemimpin DAP hati-hati: 'Tak payahlah guna ayat dari kitab suci'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
9 Views
Published
Setiausaha agung DAP Anthony Loke mengingatkan supaya kemelut yang melibatkan ahli parlimen Ipoh Timor, Howard Lee kerana didakwa membuat tafsiran sendiri terhadap ayat-ayat al-Quran diambil sebagai pengajaran oleh pemimpin DAP.

Loke turut menasihatkan pemimpin DAP supaya berhati-hati serta tidak menggunakan ayat-ayat daripada kitab suci al-Quran dan hanya fokus pada berkhidmat untuk rakyat.

Bagaimanapun, Menteri pengangkutan itu percaya pembangkang, khususnya Perikatan Nasional (PN) akan terus mengeksploitasi kejadian itu semasa pilihan raya Pelangai.

Terdahulu Howard Lee menjadi sasaran kritikan kerana memetik ayat al-Quran dalam konteks politik, namun beliau telah tampil memohon maaf secara terbuka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment