Write For Us

Lokman dakwa Anwar terbabit liwat terbaru, Fahmi lapor polis

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
87 Views
Published
Pengarah Komunikasi Strategik PKR Fahmi Fadzil membuat laporan polis ke atas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam yang dalam hantaran di Facebook mendakwa bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbabit dengan dakwaan liwat terbaru.
Laporan polis itu dibuat pada 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.
Semalam, Lokman dalam catatan di Facebooknya mendakwa bahawa Mediacorp Singapura melaporkan seorang pelajar Indonesia membuat laporan polis di Singapura bahawa dia telah diliwat oleh Anwar.
Mediacorp kemudian mengeluarkan penafian menjadi sumber laporan berkenaan dan menyifatkannya sebagai berita palsu. Mereka juga memaklumkan kepada Lokman supaya menurunkan berita itu. Menurut syarikat itu, pihak berkuasa Singapura juga menafikan wujudnya laporan polis berkenaan.
Hantaran itu kemudian dipadamkan dan Lokman menjelaskan bahawa artikel tersebut tidak diterbitkan oleh Mediacorp.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment