Jika di Malaysia, rutin harian kanak-kanak biasanya diisi dengan 1,001 aktiviti menyeronokkan terutamanya pada hujung minggu, namun semua itu jauh berbeza dengan kehidupan harian kanak-kanak pelarian Syria di Lembah Beqaa, Lubnan.
Waktu mereka banyak dihabiskan dengan berkejaran di waktu pagi dan petang bersama rakan juga adik beradik sambil menatap sayu lukisan mural di tembok di Kem Al Awdah, di situ.
Kesempatan bermesra dengan sekumpulan kanak-kanak berusia lingkungan empat hingga 10 tahun yang dilihat asyik melihat satu persatu lukisan rumah indah itu sungguh meruntun jiwa.
Mana tidaknya, setiap daripada kanak-kanak terbabit sangat mengharapkan dapat kembali ke kampung halaman dan tidak lagi hidup menderita sebagai pelarian.
Lukisan dengan bantuan guru yang disiapkan beberapa bulan lalu itu menggambarkan rumah tempat asal kelahiran kanak-kanak terbabit di Syria yang menjadi antara kenangan terindah yang tidak mungkin dilupakan.
Seorang daripada kanak-kanak pelarian Syria, Fatimah Omar, 9, berkata, lukisan itu dilukisnya bersama rakan-rakan yang lain ketika sesi pembelajaran bersama guru di kem itu beberapa bulan lalu.
Menurut Fatimah, lukisan itu juga menjadi antara kenangan terindah juga penguat semangat dirinya dan rakan-rakan.
Fatimah ditemui dalam misi sukarelawan Lubnan bersama Aman Palestin bagi menyerahkan bantuan musim sejuk kepada kira-kira 103 kem di Lembah Beqaa dan Aarsal.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment