Write For Us

Lupakan sengketa parti, tumpu kebajikan rakyat - tegas Muhyiddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Muhyiddin Yaasin menggesa pemimpin dalam parti komponennya agar menghentikan perbalahan dalaman dan segera mencari penyelesaian.
Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya pemberita berkenaan pergeseran antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya Mohamed Azmin Ali.
"Saya tidak mahu petik pemimpin mana....Sebaik mungkin lupakan sengketa, cari jalan terbaik, wujudkan kerjasama (dan) perpaduan yang boleh bantu kita melaksanakan amanah rakyat dengan lebih berkesan," katanya kepada pemberita di Putrajaya, semalam.
Presiden Bersatu itu juga berkata jalan terbaik adalah mencari penyelesaian secepat mungkin untuk menamatkan masalah dalaman sesuatu parti.
"Sebagai pimpinan dalam PH, mungkin bukan saya saja, kita kongsi pandangan dan sentimen yang sama. Sebaik mungkin tidak ada masalah dalaman parti atau komponen PH.
"Dan kalaupun berbangkit, cari penyelesaian dan lagi cepat lagi baik, kerana yang ditumpu oleh rakyat adalah komponen PH dalam kerajaan.
"Mereka nak lihat kerja kita bukan sengketa sesama sendiri," katanya lagi.
Muhyiddin mengakui meskipun kerajaan telah memulakan banyak inisiatif untuk kebajikan rakyat dan menyediakan peluang pekerjaan, mereka masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
Perbalahan antara dua pemimpin PKR itu masih berterusan setelah kongres nasional PKR menutup tirainya hujung minggu lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment