Write For Us

'Lynas selamat atau tidak? Itu sahaja kita nak!'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Rakyat khususnya masyarakat yang tinggal berhampiran kilang Lynas mahukan jawapan yang telus tanpa ucapan pemimpin politik berhubung sama ada operasi syarikat pemprosesan nadir bumi di Kuantan itu selamat atau tidak.
Perkara itu disuarakan oleh orang awam yang hadir pada sesi pendengaran awam oleh Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas di Kuantan, Pahang hari ini.
Suasana agak ‘panas’ namun tetap terkawal apabila orang ramai yang hadir pada sesi pendengaran awam itu sekadar menyuarakan pandangan masing-masing berhubung operasi Lynas.
Kerajaan pada 5 November lalu memutuskan sesi pendengaran awam oleh Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas diadakan untuk mendengar penjelasan semua pihak berkepentingan termasuk Lynas, badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan pakar pengurusan alam sekitar, kesihatan awam dan keselamatan sinaran radioaktif.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas, Prof Datuk Dr Mazlin Mokhtar, berkata pihaknya akan membentangkan laporan kepada kerajaan berdasarkan kepada data dan fakta.
Beliau berkata, pihaknya akan membuat penilaian semua terhadap operasi Lynas secara telus dan terbuka selain akan memastikan syarikat berkenaan mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment