Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Ini kerana, kata Mah, Malaysia mempunyai perancangan untuk meningkatkan export komiditi getah, kelapa sawit, koko dan lada ke negara itu.
Mah berkata demikian dalam sidang media hari ini.
Katanya, kerajaan mungkin akan mengkaji untuk meneroka pasaran komoditi baru dari kalangan 12 negara TPP.
Presiden Donald Trump memenuhi janji kempen dengan menandatangani perintah eksekutif untuk menarik diri daripada Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Trump mula melancarkan agenda dasarnya dengan menandatangani satu siri perintah eksekutif, memulakan minggu pertamanya memegang jawatan presiden Amerika Syarikat yang ke 45.
Trump berkata demikian ketika menandatangani perintah eksekutif di pejabat pada Isnin.
TPP yang dianjurkan Washington dan ditandatangani oleh 12 negara pada 2015, masih belum berkuat kuasa.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment