Write For Us

Mahfuz bukan ahli PAS mulai 11.59 malam ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengumumkan beliau keluar daripada PAS berkuat kuasa tengah malam ini.
"Hari ini saya akan hantar surat kepada Setiausaha Agung PAS (Datuk) Takiyuddin Hasan.
"Berdasarkan perlembagaan PAS 15(2) maka ini saya zahir pemberhentian sebagai ahli PAS berkuat kuasa 1.59 malam 31 Disember 2017.
"Kenapa saya tak buat pada 12am? Kerana satu minit untuk tarik nafas untuk langkahi 2018," katanya berseloroh dalam sidang akhbar di Alor Setar hari ini.
Dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Facebook Amanah negeri Kedah itu, Mahfuz turut menunjukkan kad keahlian PAS yang dimilikinya.
Turut sama mengambil keputusan meninggalkan PAS ialah isteri dan anak-anaknya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment