Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintah supaya kartunis politik Zunar dibayar RM18,000 sebagai ganti rugi ke atas kerosakan lukisan kolaj aslinya yang dirampas bersama-sama 66 naskhah kumpulan komik bertajuk Cartoon-O-Phobia, tujuh tahun lalu.
Penghakiman persetujuan kedua-dua pihak dirakamkan di hadapan Timbalan Pendaftar, K Pavani. Turut hadir ialah peguam Zunar, Latheefa Koya dan peguam persekutuan Safiyyah Omar yang mewakili defendan.
Zunar menamakan kerajaan, dua anggota polis yang merampas buku-buku kartun dan karya seninya, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Kementerian Dalam Negeri sebagai defendan dalam samannya.
Bercakap kepada pemberita kemudian, kartunis, yang nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ul Haque, berkata bahawa keputusan hari ini bukan mengenai kuantum atau jumlah ganti rugi.
"Ini lebih sebagai satu pengajaran kepada pihak polis dan kerajaan supaya mereka tidak menggunakan undang-undang jenayah seperti Akta Hasutan untuk merampas karya seni dan buku kartun dan menahannya selama lebih lima tahun.
"Ini adalah satu pencabulan hak kartunis. Kami mempunyai hak, juga," katanya.
Naskhah komik dan lukisan yang menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor itu, dirampas pada 24 September 2010 selepas polis menyerbu pejabatnya dan menahannya atas tuduhan menghasut.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment