Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Rosmah Mansor agar seorang pakar memeriksa jumlah barang kemas yang dituntut tukang emas Lubnan, kata peguamnya Ranjivan Nambiar.
Bagaimanapun ia tertakluk kepada kebenaran Bank Negara Malaysia yang menyimpan barang kemas yang disita ketika serbuan polis berkaitan kes 1MDB.
"Ia tertakluk kepada keizinan Bank Negara memandangkan mereka kata bimbang tentang ancaman keselamatan kerana barang kemas itu disimpan di bilik kebal," katanya kepada pemberita di luar mahkamah, hari ini.
Beliau memberi penjelasan tentang apa yang berlaku dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Wong Chee Lin sebelum itu.
Menurut Ranjivan, mahkamah membenarkan permohonan Rosmah atas asas ada percanggahan berhubung barang kemas tersebut, memandangkan tukang emas Lubnan menyatakan ada empat barang kemas miliknya yang disita, manakala polis berkata hanya satu.
"Bagaimana mahkamah dapat meneruskan kes ini apabila ada tiga versi berbeza berkenaan jumlah barang kemas," katanya lagi.
Beliau berkata anak guamnya akan melantik tukang emas dari India untuk membuat pemeriksaan, dan berkata nama tukang emas itu sudah disebut di mahkamah dan tiada yang mencabar perkara itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment