Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mahu Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menuduh NGO itu mempunyai kaitan dengan militan IS untuk meninjau kemungkinan penyelesaian saman fitnah itu.
Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab mahu pihak yang berkenaan meninjau kemungkinan tersebut hari ini apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.
Peguam Maria, Melissa Sasidaran ketika ditemui berkata semua pihak dinasihatkan untuk cuba menyelesaikan perkara ini pada pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 9 Januari depan.
Kata Melissa, beliau akan mendapatkan arahan seterusnya daripada Maria mengenai perkara itu.
Maria menyaman Jamal atas dakwaan BERSIH diresapi elemen kumpulan bersenjata IS.
Jamal membuat kenyataan itu dalam sidang media pada 28 September dan laporan polisnya berkaitan perkara itu pada 4 Oktober.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment