Write For Us

Mahkamah putuskan kemenangan Tok Mat di DUN Rantau tak sah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Mahkamah Pilihan Raya di Seremban hari ini memerintahkan bahawa kerusi DUN Rantau, Negeri Sembilan sebagai kosong dan kemenangan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan pada pilihan raya umum ke-14 lalu adalah tidak sah.
Menurut hakim, Azimah Omar, tidak ada undang-undang bertulis atau keperluan yang menyatakan tag atau pas masuk diperlukan oleh calon, pencadang dan penyokong untuk mengemukakan borang pencalonan.
Mahkamah selanjutnya memutuskan bahawa pegawai pengurus itu tidak mengikuti peraturan dalam tindakannya menghalang calon PKR, Dr S Streram masuk sedangkan Amino Agus tahu dia berada di luar pusat penamaan pada 28 April lalu.
Streram pada 23 Mei lalu memfailkan petisyen pilihan raya memohon membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Mohamad yang juga adalah bekas menteri besar Negeri Sembilan sebagai pemenang kerusi DUN Rantau, satu daripada empat kerusi DUN bawah Parlimen Rembau.
Susulan tindakan itu, Mohamad menang kerusi Rantau tanpa bertanding .
Sebanyak 19 saksi memberi keterangan dalam perbicaraan selama 12 hari itu.
Pakar bius berusia 63 tahun itu diwakili empat peguam diketuai Hanif Kathri manakala Mohamad diwakili lima peguam diketuai Hafizam Harun.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment