Write For Us

Mahkamah tolak jaminan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menolak permohonan jaminan dua individu yang sebelum ini ditahan kerana memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Keputusan itu dibuat Hakim Norhayati Mohamad Yunus dan Hakim Noor Aini Yusof di dua mahkamah berasingan, selepas mendengar hujahan pihak peguam tertuduh dan pihak pendakwaan.
Kedua-dua hakim dalam penghakimannya berkata, permohonan bagi urusan jaminan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan hendaklah dikemuka kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes sedemikian.
Justeru, mahkamah memerintahkan kes dihadapi kedua-dua tertuduh, M Pumugan,29, dan S Thanagaraj, 26, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan dan permohonan berkaitan jaminan hendaklah dibuat di mahkamah berkenaan.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment