(Nota: Berikutan perintah Mahkamah Persekutuan agar semua pihak tidak memberi komen mengenai kes ini, fungsi komen untuk video ini telah ditutup)
Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Julai ini untuk memulakan perbicaraan penghinaan terhadap portal berita Malaysiakini dan ketua pengarangnya Steven Gan.
Ini selepas panel tujuh hakim anggota mahkamah memutuskan petang ini untuk tidak membenarkan permohonan responden untuk mengetepikan perintah untuk memulakan prosiding.
Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Rohana Yusuf menyampaikan keputusan itu, yang menurutnya dibuat sebulat suara oleh anggota panel.
Menurut penghakiman itu, panel hakim mendapati Peguam Negara Idrus Harun telah membuktikan prima facie dalam kes untuk memulakan prosiding penghinaan terhadap Malaysiakini dan Gan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment