Write For Us

Mahkamah tolak permohonan S'gor untuk tangguh inkuiri SPR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Video: Alyaa Alhadjri
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan kerajaan negeri Selangor untuk menangguhkan penampilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada inkuiri tempatan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengemukakan bantahan kerajaan negeri berhubung pelaksanaan persempadanan semula yang berterusan itu.
Peguam Azmin, Datuk Ambiga Sreenivasan, kemudian memberitahu pemberita bahawa mereka telah membuat permohonan lisan untuk injunksi Erinford atau penangguhan keputusan sementara menunggu rayuan.
SPR diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke dan Amarjeet Singh yang berkata bahawa inkuiri tempatan itu akan diteruskan dengan hari terakhir pendengarannya hari ini.
Dalam permohonan bertulisnya untuk injuksi itu, Azmin menjelaskan bahawa beliau hanya diperuntukkan enam hari bekerja sebelum penampilannya yang dijadualkan pada pukul 9 pagi ini dan hanya dibenar membentangkan kesnya dalam masa 30 minit tanpa kehadiran sebarang peguam.
Azmin mendakwa ini melanggar hak perlembagaannya untuk keadilan.
Beliau berkata bahawa SPR mempunyai dua tahun sehingga 14 Sept tahun ini untuk menyiapkan proses persempadanan semula 2016 dan beliau hanya memohon dua minggu untuk membenarkannya menyiapkan inkuiri tempatan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment