Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman menolak kebimbangan Jabatan Negara Amerika Syarikat bahawa Rang Undang-undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar 2018 yang telah diluluskan di parlimen boleh mengurangkan kebebasan bersuara di negara ini.
Azalina ketika ditanya perkara itu berkata beliau sudah berulang kali menegaskan bahwa RUU Anti Berita Tidak Benar 2018 digubal dan diluluskan mengikut perlembagaan.
Selain itu katanya, penentuan sama ada sesuatu perkara itu dianggap sebagai berita palsu juga diputuskan oleh mahkamah.
Isnin lalu Dewan Rakyat meluluskan Akta Berita Tidak Benar 2018 dengan 123 undi menyokong dan 64 undi menentang.
Rang Undang-Undang Anti berita Tidak Benar 2018 yang dicadangkan kerajaan memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya, bagi mereka yang mengadakan, menawarkan dan menerbitkan berita tidak benar.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment