Write For Us

"Main golf, simpan perempuan antara ciri perasuah," kata SPRM

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
143 Views
Published
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Azam Baki berkata menyimpan perempuan antara ciri-ciri seseorang pegawai kerajaan itu terlibat dengan rasuah,
Beliau kata demikian dalam wawancara di radio Internet suruhanjaya itu MACC.fm hari ini.
Ahad lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM,Datuk Dzulkifli Ahmad turut membangkitkan kecenderungan penjawat awam, khususnya pengurusan tertinggi, bermain golf di luar negara.
Tanpa menyebut nama, Dzulkifli menambah, selain bermain golf, perbelanjaan penjawat awam terbabit termasuk untuk membeli-belah turut dibiayai pihak tertentu.
Azam berkata, walaupun mungkin ada yang tidak setuju dengan mereka, banyak makluman SPRM mendapati terdapat pegawai tinggi kerajaan bermain golf di luar negara.
Justeru, katanya, pihak yang terlibat sama termasuklah golongan seperti kontraktor dan pembekal – dua pihak yang sering dikaitkan dengan kontrak kerajaan.
Azam berharap kegiatan itu diberhentikan kerana ia menjejaskan imej perkhidmatan awam di negara ini.
Katanya, berdasarkan perkara itu, SPRM akan meneliti punca pendapatan penjawat awam yang hidup mewah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment