Write For Us

Majikan tak boleh ambil pekerja asing dengan berhentikan pekerja tempatan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
156 Views
Published
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata majikan tidak boleh sewenang-wenangnya memberhentikan pekerja secara serta merta jika syarikat menghadapi masalah.
Kata Ismail, majikan juga tidak boleh memberhentikan pekerja tempatan untuk membolehkan pengambilan pekerja asing kerana ia jelas melanggar undang-undang.
Jelasnya, di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265), pekerja juga boleh menuntut haknya apabila diberhentikan oleh majikan.
"Terdapat beberapa perlindungan asas yang diberikan kepada pekerja yang diberhentikan secara tiba-tiba, antaranya, majikan hendaklah memberikan tempoh notis atau membayar gaji ganti notis mencukupi mengikut kontrak perkhidmatan, namun tidak kurang daripada yang ditetapkan di bawah seksyen 12 (2) Akta Kerja.
"Majikan juga diwajibkan membayar faedah pemberhentian kerja mengikut kontrak perkhidmatan tetapi tidak boleh kurang dari kadar yang ditetapkan dalam peraturan kerja, faedah penamatan dan henti kerja sementara 1980," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sik, Dr Mansor Abdul Rahman, yang membangkitkan kebimbangan banyak pemberhentian pekerja oleh majikan sejak kebelakangan ini.
Sekiranya majikan mahu membuat pemberhentian, katanya, pekerja asing perlu diberhentikan terlebih dulu, sebelum pekerja tempatan.
"Di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265), seksyen 60 menetapkan tiada majikan boleh sewenang-wenangnya menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan untuk mengambil pekerja asing.
"Maknanya kerajaan akan bela pekerja tempatan. Kalau ada pemberhentian pekerja, berhentikan dulu pekerja asing. Di bawah akta sama, kegagalan majikan mematuhi peraturan, mereka sudah melakukan kesalahan dan boleh disabitkan denda tidak lebih RM10,000," katanya.
Ismail berkata pekerja yang diberhentikan majikan boleh menuntut faedah kewangan dengan melaporkan tuntutan yang mahu dibuat di mana-mana cawangan Pejabat Tenaga Kerja.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment