Write For Us

Mak Lang Datang, Kompang Bergendang | Episod 7

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Drama bersiri komedi Mak Lang Datang Kompang Bergendang menceritakan Mak Lang yang terkenal sebagai pakar mencari jodoh di kampungnya. Tugasan terbaru Mak Lang ialah mencari seorang `gadis Melayu terakhir' untuk anak lelaki Che Yah iaitu Fitri. Salah satu syarat yang ditetapkan oleh Che Yah bakal menantunya mestilah memiliki ciri-ciri seorang perempuan Melayu yang ayu, cantik, bersopan-santun serta pandai memasak terutama acar buah seperti Mak Lang. Fitri tidak bersetuju kerana dia sudah mempunyai kekasih dan tidak akan berpisah dengan gadis itu. Fitri bersumpah dia tidak akan berkahwin dengan gadis lain melainkan kekasihnya. Selepas mendengar kata-kata Fitri, Mak Lang berada dalam dilema kerana sudah berjanji dengan Che Yah untuk carikan calon isteri berdasarkan kriterianya. Kini, Mak Lang berasa kasihan pula dengan Fitri yang akan kecewa dan dipaksa berkahwin dengan orang yang tidak dicintai. Ketika Mak Lang ligat berfikir bagaimana mahu menyelesaikan masalah Che Yah, Maya muncul. Maya memberitahu Mak Lang dia datang kerana ingin belajar memasak dengan Mak Lang. Pada mulanya, Mak Lang enggan dan menyuruh Maya balik tetapi Maya tetap merayu serta sanggup menunggu di depan pintu rumah pada waktu malam. Akhirnya Mak Lang mengalah dan menerima Maya sebagai anak murid serta mengajaknya tinggal bersama Mak Lang dan anak lelakinya, Zahar. Kehadiran Maya menjadi titik bermulanya kisah lucu apabila ramai jejaka di kampung itu cuba mendekatinya. Tarmizi selalu mengambil kesempatan datang ke rumah Mak Lang. Untuk melindungi aktivitinya daripada diketahui isterinya, Jamilah, Tarmizi selalu mengajak Ehsan menemaninya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment