Write For Us

Maklumat sahih datang dari bekas pegawai kanan SPRM - Rafizi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
154 Views
Published
Bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah sumber yang memberi maklumat kepada Rafizi Ramli berhubung dakwaan seorang bekas pemimpin kanan PAS menerima dana daripada anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
"Beliau adalah pegawai SPRM terkanan yang mengetuai siasatan ke atas dana 1MDB dan keterlibatan Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri Malaysia dalam skandal tersebut.
"Oleh itu, beliau mempunyai maklumat yang sahih dan terpeinci mengenai siasatan dan aliran dana dari 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri seterusnya ke akaun-akaun tokoh politik lain," kata Rafizi dalam akuan bersumpah yang dibuatnya hari ini.
Rafizi berkata beliau bertemu bekas pegawai berkenaan pada 28 Januari untuk bertanya khabar setelah individu itu bersara daripada perkhidmatan kerajaan.
"Kami berkongsi maklumat dan pengetahuan sebagai rakyat biasa mengenai kes 1MDB kerana beliau kini bukan lagi kakitangan kerajaan," katanya.
Bercakap kepada Malaysiakini kemudian, Rafizi berkata beliau mendedahkan butiran mengenai sumber sebagai bekas pegawai kanan SPRM selepas mendapat persetujuan darinya.
Malaysiakini cuba mendapatkan penjelasan Nasharuddin Mat Isa selepas Rafizi menamakan bekas pemimpin PAS berkenaan hari ini.
Malaysiakini juga berulang kali cuba menghubungi Nasharuddin melalui pelbagai cara – panggilan telefon, pesanan teks, e-mel dan faks – untuk mendapatkan reaksinya tetapi tidak berbalas.
Najib telah berulang kali menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment