Write For Us

Makmal proses dadah dibongkar, 4 lelaki ditahan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Polis membongkar kewujudan sebuah makmal memproses dadah hasil penahanan empat lelaki yang dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap, dalam serbuan berasingan di Kepong dan Puchong.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata polis turut merampas sejumlah dadah dianggar bernilai RM2.2 juta dalam operasi berkenaan.
Katanya, polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dengan pengedar dadah dalam serbuan pertama di sebuah pusat beli-belah di Jalan Kepong di sini, jam 2.10 petang Selasa lalu.
Penangkapan dua lelaki itu membawa kepada penahanan dua suspek lain di Jalan Metro Perdana 7, pada jam 7 dan 11 malam hari sama.
Polis kemudian menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan baharu di Bandar Metro Puchong jam 11 malam kelmarin yang disyaki dijadikan makmal memproses dadah.
Ia susulan penemuan sejumlah dadah jenis syabu, ketamin, serta pelbagai jenis bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan bahan terlarang berkenaan.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment