Write For Us

'Malaikat boleh tolong undi PAS dengan izin Allah'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
PAS menempelak sesetengah musuh politik mereka yang beranggapan parti itu tidak akan mampu memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 selepas tidak lagi bekerjasama dengan parti lain.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, bagi PAS mereka meletakkan keyakinan bahawa Allah akan memberi kemenangan dalam mana-mana perjuangan menegakkan Islam.
Mengambil iktibar dalam peristiwa Perang Badar katanya, Allah membantu tentera Islam dengan menghantar malaikat berkuda dan bersenjata pedang untuk memerangi musuh.
"Allah kalau nak tolong kita, seribu cara dia buleh tolong walaupun (kita hanya) masuk pilihan raya, bukan berperang.
"Allah boleh tolong macam mana? Ambo (saya) nak buat contoh mudah. Kalau Perang Badar dulu Allah hantar malaikat bawa pedang, naik kuda pergi berperang bersama orang Islam.
"Habis lari tentera kapir walaupun mereka ramai, tentera Islam hanya 313 orang. Mereka lari sebab nampak tentera Islam yang ramai, ramai datang dari mana?
"Itulah malaikat Allah, Allah hantar nak bagi kegerunan kepada tentera kafir," katanya ketika berceramah di Kampung Kemumin,di Kota Bharu, malam tadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment