Write For Us

Malaysia akan periksa KLIA untuk bahan 'radioaktif'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Pihak berkuasa Malaysia akan memeriksa lapangan terbang antarabangsa dan lokasi lain untuk bahan radioaktif, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ini berikutan pembunuhan Kim Jong Nam disahkan dengan menggunakan agen saraf VX, sejenis bahan kimia yang sangat bertoksik.
"(Kami sedang) periksa semua lokasi yang kami tahu suspek pergi. Kami akan mendapatkan pakar-pakar dari jabatan tenaga atom untuk ke lokasi dan periksa untuk melihat jika masih ada (bahan) radioaktif,” katanya.
Ia adalah kali pertama polis menyebut "bahan radioaktif" dan Khalid tidak mengulas lanjut mengenai apa yang "masih" berada di sana.
Jong-nam abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, meninggal dunia selepas diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.
Pihak berkuasa menemui kesan racun VX ditubuhnya.
Racun itu diklasifikasikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai senjata pemusnah besar-besaran.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment