Write For Us

Malaysia bangga pencapaian Tabung Haji

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
92 Views
Published
Malaysia bangga menerima pujian dan pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi dan negara-negara Islam atas pencapaian Lembaga Tabung Haji (TH) yang menguruskan ibadah haji jemaah negara dengan baik, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Ketika berucap pada majlis selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci bagi musim haji 1440/2019 di Kompleks TH Sepang hari ini, Perdana Menteri berharap TH terus komited dalam meningkatkan tahap perkhidmatan.
“Ini termasuk dari segi pengurusan haji, simpanan dan pelaburan agar ia sentiasa berada pada tahap yang cemerlang dan menjadi contoh kepada negara Islam lain di seluruh dunia,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, jemaah haji Malaysia antara yang paling beruntung berbanding jemaah haji negara lain kerana TH memberi khidmat layanan dan urusan haji dengan lebih teratur yang diuruskan dari awal hingga akhir.
Beliau difahamkan, sudah lebih 90 peratus jemaah haji Malaysia berada di Makkah sehingga hari ini dan tinggal beberapa sahaja lagi penerbangan.
Pada majlis hari ini, 483 jemaah haji akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.20 petang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment