Write For Us

Malaysia dalam peringkat akhir sebelum sertai COVAX - Khairy

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Menjawab soalan tambahan Zakaria Edris (Bersatu-Libaran) berhubung perkembangan terkini rundingan dengan Fasiliti Akses Global Vaksin COVID-19 (COVAX), Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata Malaysia kini dalam peringkat akhir bagi memuktamadkan penyertaan badan antarabangsa itu

“Dari segi harga yang ditawarkan, indicative price adalah dari segi maksimumnya USD21 untuk satu vaksin, jadi kita masih lihat beberapa klausa dalam perjanjian dengan COVAX itu yang perlu diperhalusi lagi. Kita harap akan dapat menandatangani penyertaan dalam COVAX ini dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan COVAX hanya sebahagian daripada keperluan negara untuk mendapatkan bekalan vaksin, dan sebahagian besar lagi bekalan akan diperolehi melalui rundingan dua hala dengan negara lain atau syarikat-syarikat lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment