Write For Us

Malaysia tawar biasiswa kepada pelajar Palestin

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
77 Views
Published
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan memutuskan untuk menawarkan biasiswa buat pelajar-pelajar dari Palestin meneruskan pengajian mereka di peringkat sarjana muda, sarjana dan Phd di 12 universiti ternama di Malaysia.
Biasiswa yang bernilai RM11.48 juta itu akan ditawarkan menerusi Pertubuhan Kebudayaah Palestin Malaysia (PCOM).
Pengumuman itu dibuat di Puspanitapuri, pada Rabu, sejurus selepas majlis Iftar anjuran PCOM yang turut dihadiri oleh isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas pengerusi Hamas Khalid Meshaal dan Pengerusi PCOM Muslim Abu Umar.
Antara 12 universiti terlibat ialah Albukhary International University, Mahsa University, Kolej Universiti Islam Perlis, Multimedia University, UCSI University, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Sunway University, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Utara Malaysia.
Ia merupakan inisiatif Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik. - Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment