Write For Us

Malaysiakini 'sangat berat sebelah', dakwa Nur Jazlan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa dalam satu temubual bahawa Malaysiakini adalah sebuah media yang "sangat berat sebelah".
Dalam temubual itu yang disiarkan oleh stesen radio BFM 89.9, Nur Jazlan berkata Malaysiakini sudah beroperasi sejak 18 tahun yang lalu.
Menurutnya, jika kerajaan zalim, ia akan menutup BFM kerana BFM, dakwanya, lantang bersuara terhadap kerajaan.
Nur Jazlan mendakwa demikian dalam rancangan "Breakfast Grille" di stesen radio itu pagi ini.
Malaysiakini, dakwanya, adalah sebuah media yang sangat berat sebelah, tetapi ia telah wujud selama 18 tahun.
Bagaimanapun, Nur Jazlan mendakwa bahawa mereka yang mengikuti Malaysiakini semakin berkurang setiap hari.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai kritikan terhadap rancangan kerajaan untuk mengawal selia Internet.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment