Write For Us

'Mana baki RM2.15 bilion?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman menyenaraikan kesemua projek rancangan tebatan banjir yang bernilai RM2.6 bilion di negeri itu.
Lim mempersoalkan ke mana baki peruntukan sebanyak RM2.15 bilion sedangkan kerajaan negeri hanya menerima 16 peratus atau kira-kira RM443 juta sahaja.
“Daripada RM2.6 bilion ini, hanya RM443 juta dibelanjakan, iaitu hanya 16 peratus daripada apa yang diperuntukan, dibelanjakan.
“Maka, kita nak tahu ke mana perginya RM2.15 bilion ringgit ini,” katanya dalam sidang media di Komtar petang tadi.
Lim berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri merekodkan sejak 2006, sejumlah RM433 juta sahaja dibelanjakan untuk projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri ini.
Justeru, katanya, pembangkang Pulau Pinang hanya mencari dalih menutup kelemahan Kerajaan Pusat dalam menyalurkan peruntukan RTB berwajib untuk Pulau Pinang, ketika negeri ini pada 15 September dilanda banjir.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment