Write For Us

Mana hangpa mahu lari

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Takut selepas wajah mereka tular, empat lelaki yang menyamun sebuah kedai 24 jam di Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres, pada 2 Januari.
Bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila mereka ditahan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, Selangor pada 4 pagi.
Dalam kejadian 11.28 pagi 1 Januari, dua lelaki bertopi keledar masuk ke sebuah kedai 24 jam manakala dua lagi rakan mereka menunggu di luar premis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, remaja perempuan berusia 18 tahun yang juga juruwang di premis terbabit mahu mengimbas harga minuman sebelum suspek mengacukan parang ke arahnya.
Nik Ros Azhan berkata, wajah seorang daripada suspek tular di media sosial menyebabkan mereka bimbang dan mengambil keputusan melarikan diri dengan menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment