Write For Us

Mana nak dapat duit? pinjam atau jual negara, soal Dr M pada Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
156 Views
Published
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sumber kewangan yang akan digunakan Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak dalam merialisasikan 'gula-gula' saat akhir malam tadi.
"Itulah, dia bagi banyak gula, dia potong cukai, belanja banyak mana dia dapat duit.
"Dia tak kutip cukai lepas tu nak belanja banyak lagi daripada mana dia dapat duit, dia nak pinjam ke, (atau) dia nak jual negara," katanya kepada pemberita di Kolej Komuniti Langkawi.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas pemberian Najib menerusi ucapan khasnya sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk BN, malam tadi.
Najib turut mengumumkan kejutan saat akhir iaitu jika BN menang, cuti peristiwa khas 14 dan 15 Mei ini.
Selain itu pelepasan cukai pendapatan kepada golongan berusia 26 tahun ke bawah dan juga bayaran tol tidak dikenakan selama lima hari pada perayaan Aidilfitiri 2018.
Dr Mahathir sebelum itu membuat lawatan ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Teriang dan Kolej Komuniti Chenang bagi melihat jumlah pengundi yang keluar, pagi ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment