Write For Us

Mangsa amarah ibu tiri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan kesan kecederaan di muka dan tubuh dipercayai akibat didera di rumahnya di Flat Ampang Jajar Permatang Pauh, Bukit Mertajam.
Presiden Malaysian Tamilar Kural, David Marshel berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk di perumahan itu yang curiga mendengar tangisan kanak-kanak sejak seminggu lalu.
Penduduk juga mengesyaki kanak-kanak itu dipukul dan selalu dimarahi ibu tirinya menyebabkan David meminta bantuan polis ke rumah berkenaan bagi membuat pemeriksaan.
David membawa mangsa ke Balai Polis Seberang Jaya bagi membuat laporan selepas kanak-kanak itu mengaku dipukul ibu tiri, sebelum dia dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi menjalani pemeriksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan ketika dihubungi berkata, ibu tiri dan bapanya yang berusia 40-an kini ditahan bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment