Write For Us

Mangsa banjir di Kelantan menurun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 198 orang sehingga jam 2 petang pada Sabtu 30 November berbanding 315 orang pada pagi hari yang sama.
Kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah.
Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuala Krai yang mencatatkan mangsa banjir paling ramai sebelum ini menunjukkan penurunan ketara apabila hanya satu PPS sahaja dibuka iaitu Pejabat Veterinar yang mempunyai enam mangsa daripada keluarga.
Manakala, di Tanah Merah mencatatkan seramai 155 mangsa banjir daripada 40 keluarga ditempatkan di enam PPS iaitu SK Kelewek (39 mangsa), SK Bukit Panau (dua mangsa), SK Alor Pasir (23 mangsa), Dewan Serbaguna Kampung Padang Kijang (33 mangsa), SK Kulim (11 mangsa) dan Masjid Mukim Kuala Kepok (47 mangsa).
Sementara itu, berdasarkan web publicinfobanjir.water.gov.my, bacaan air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya dengan bacaan 9.01 meter.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment