Write For Us

Manifesto HARAPAN S'wak ambil kira ketidakpuasan hati rakyat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa manifesto Harapan untuk Malaysia Timur akan mengambil kira ketidakpuasan di Sabah dan Sarawak berhubung statusnya dalam Persekutuan Malaysia.
"Saya fikir ramai orang tidak berpuas hati. Kita perlu melihat kembali (reservation) kandungan pada masa Perjanjian Malaysia 1963.
"Kami akan melihat semua kandungan itu - 16 item di Sarawak, 20 item di Sabah.
Kita perlu melihat mereka dan mengetahui apa yang tidak puas hati dan kita akan membetulkannya.
"Mereka mahu mengawal produk petroleum, pendidikan, dan lain-lain. Kita akan melihatnya, kita akan berfikiran terbuka," katanya ketika sidang media sejurus tiba di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak petang tadi.
Mahathir hadir ke Sarawak bagi melancarkan manifesto Pakatan Harapan Sarawak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment