Write For Us

Mansuh faedah kad kredit tidak manfaat ekonomi negara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Pendekatan mengurangkan atau menghapuskan bayaran faedah yang dikenakan ke atas penggunaan kad kredit tidak semestinya memanfaatkan ekonomi negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz berkata, sebaliknya jika dilaksanakan ia akan menggalakkan tabiat berbelanja tidak berhemah dan kurang berdisiplin di kalangan pemegang kad kredit.
"Peraturan yang dilaksanakan di United Kingdom tidak perlu dilaksanakan di Malaysia kerana pelbagai langkah pencegahan telahpun diambil sejak 2006 oleh Bank Negara untuk mengelak pemegang kad kredit menanggung hutang berterusan," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai perancangan menghapuskan kenaan bayaran faedah ke atas penggunaan kad kredit seperti yang mula dilaksanakan di United Kingdom.
Othman berkata, selain daripada langkah-langkah yang telah diperkenalkan Bank Negara, kerajaan juga akan menggubal Akta Kredit Pengguna untuk mengawal selia aktiviti pemberian kredit, selain mengukuhkan perlindungan bagi pengguna termasuk pemegang kad kredit. - Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment