Write For Us

'Mari berdialog dengan saya!'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
67 Views
Published
Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sekali lagi mengajak Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk berdialog mencari titik pertemuan berhubung ketuanan melayu.
Sebelum ini menerusi twitter Syed Saddiq memberi respon terhadap jemputan Asyraf itu namun sehingga kini tiada perkembangan lanjut.
Isu itu berpunca daripada laporan ucapan Syed Saddiq pada 27 Oktober lalu bahawa zaman ketuanan Melayu sudah berakhir dan Malaysia kini bergerak ke fasa baru yang memperjuangkan kesaksamaan.
Selepas dikritik, beliau sekali lagi mempertahankan kenyataan itu dalam satu artikel yang antara lain memberi gambaran ketuanan Melayu adalah "mimpi palsu".
Sebelum itu satu himpunan bantah hasrat kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) anjuran bersama Pemuda Umno dan PAS berlansung di Masjid Jamek dan berarak ke Sogo sambil melaungkan takbir dan 'tolak Icerd'.
Selain Asyraf, turut hadir adalah Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi, pemimpin kedua-dua sayap itu serta NGO lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment