Write For Us

'Mari kita beramai-ramai turun berdemo Tangkap MO1 27 Ogos'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
'Bebas... bebas Anwar'. Itulah laungan bergema oleh kira-kira 500 penyokong bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Penjara Sungai Buloh malam tadi untuk meraikan hari jadi beliau yang ke-69.
Kehadiran mereka juga adalah sebahagian daripada kempen yang berterusan untuk menuntut pembebasannya, pada hari yang ke-548 beliau menjalani hukuman penjara.
Isteri Anwar yang juga dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memotong kek bersama anak perempuannya Nurul Izzah, Nurul Hana dan Nurul Nuha, selepas laungan "Allah selamatkan kamu".
Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai, mendeklamasikan dua puisi kegemaran Anwar - 'Memang Begitu Demikian Hadi' oleh Taufik Ismail dan 'Kesaksian Bapak Saijah' oleh Rendra.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment