Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini menyelar Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman dengan melabelnya sebagai 'pengkhianat' berhubung dakwaan cubaan menarik ahli parlimen Bersatu untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Bercakap kepada pemberita di Parlimen, ahli parlimen Machang itu turut mendakwa Suhaili bertindak sebagai operator dan bersekongkol dengan individu yang digelarnya semalam sebagai 'Datuk Botak'.
Wan Fayhsal kemudiannya menceritakan insiden yang didakwa berlaku ketika mesyuarat Bersatu yang dihadirinya bersama-sama Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin.
Wan Fayhsal mendakwa Suhaili menelefon seorang lagi ahli parlimen Bersatu yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut bertujuan memujuknya supaya menyatakan sokongan kepada kerajaan.
https://www.youtube.com/watch?v=k57vV4hQ4gA

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment