Write For Us

Masa PRK Rantau beri makan dan minum kepada pengundi pun salah, apalagi duit RM1000

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menyatakan larangan terhadap kerajaan Johor yang mahu memberi wang tunai RM1,000 kepada nelayan di Tanjung Piai, minggu depan.
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan menegaskan, larangan itu akan membuktikan SPR adil kepada semua pihak, kerana pemberian wang tunai pada minggu terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai itu, salah di sisi undang-undang.
“Saya mohon SPR berlaku adil dan tegas melaksanakan peraturan pilihan raya dengan membuat kenyataan bahawa program seumpama itu tidak patut dilakukan ketika tempoh kempen.
“Dalam sebaran SPR untuk PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sebelum ini, memberi makan dan minum kepada pengundi pun adalah satu kesalahan, inikan pula beri wang tunai RM1,000 kepada pengundi ketika kempen.
“Saya ingin menyeru Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kerajaan Johor membatalkan hasrat memberi wang tunai itu kepada nelayan dan menangguhkan sehingga selepas PRK,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment