Write For Us

Masalah audio jejas liputan media di Parlimen

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
Masalah audio yang berlaku sejak persidangan Dewan Rakyat bermula pukul 10 pagi tadi sehingga sesi berakhir 5.30 petang, menyukarkan kerja petugas media.
Wakil media daripada pelbagai agensi yang berkampung di pusat media menghadapi cabaran dalam membuat liputan berikutan audio daripada televisyen yang menyiarkan 'live feed' sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri, Soal Jawab Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah diRaja dan celahan tidak dapat didengari langsung.
Kebanyakan media terpaksa menggunakan alternatif mengikuti persidangan secara 'live streaming' yang disiarkan melalui RTM, namun ia tidak disiarkan secara penuh.
Masalah itu kemudiannya diadukan kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang melawat bilik media petang tadi.
Proses menaiktaraf dan mengubahsuai bangunan Parlimen dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kini masih lagi dilaksanakan.
Merujuk masalah itu, Fadillah berkata ia berpunca daripada 'controller audio' dan turut berlaku di kawasan lobi Parlimen yang juga menjadi tumpuan pihak media.
"Masalah ini bukan sahaja di pusat media tetapi juga berlaku di lobi Parlimen dan beberapa tempat lain. Kita akan selesaikan selewat-lewatnya esok," katanya.
Beliau meminta petugas Parlimen menambah kelengkapan televisyen dengan saiz yang lebih besar selain menambah jumlah tong sampah yang terhad jumlahnya.
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari sehingga 6 April sementara Dewan Negara dari 17 April hingga 27 April. - Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment