Write For Us

Masalah teknikal rangka sawat punca Hawk 108 terhempas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Masalah teknikal berkaitan rangka sawat disahkan sebagai punca pesawat jenis Hawk 108 M40-02 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Chukai, Terengganu pada 15 Jun lalu sehingga mengorbankan dua juruterbangnya.
Memetik Bernama, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata pasukan siasatan khas yang ditubuhkan ekoran kejadian itu mengenal pasti masalah tersebut selepas memeriksa bangkai pesawat berkenaan.
Affendi juga mengesahkan bahawa penemuan terkini itu telah dimaklumkan kepada waris juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang sedang melakukan latihan penerbangan menggunakan pesawat tersebut ketika kejadian berlaku.
Mereka dilaporkan berlepas dari pangkalan itu pada 11 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan 30 minit kemudian dan mayat mereka ditemukan di kawasan hutan di Chukai sekitar 2.30 petang hari sama.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment