Write For Us

Masih ada lagi PATI di sekitar pasar borong KL - Annuar Musa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa mengarahkan penguatkuasaan konsisten membasmi peniaga warga asing yang berniaga secara haram di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang.

Beliau berkata masih ada aktiviti melibatkan warga asing di sekitar pasar borong itu, walaupun pasar itu sendiri tiada warga asing yang berniaga secara haram.

“Jangan buat sekali dan tidak buat dah. Kadang-kadang, masalah itu masalah kita sendiri,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Gelandangan Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan pemberita adakah masih ada perniagaan haram melibatkan warga asing di pasar borong itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment