Write For Us

Masih jawab isu Memali ketika diserang? Ini kata Mahathir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan bahawa beliau tidak memikirkan keadaan menjadi lebih buruk ketika menjawab soalan bekas exco ARMADA, Taufik Abas mengenai peristiwa Memali.
Kata Mahathir, beliau hanya dapat bercakap mengenai separuh sahaja tentang prosedur operasi standard (SOP) ketika kejadian itu.
"Saya tak fikir ia jadi lebih buruk, saya ingin buat jawapan kepad soalan mereka.
"Saya hanya dapat cakap separuh sahaja tentang SOP polis, kalau kamu datang dengan parang dan bunuh polis, jadi mereka mesti lah sanggup terima balasan dari polis.
"Polis mesti sanggup pertahan diri mereka. Malangnya, mereka tak nak dengar jawapan saya dan mereka cetuskan rusuhan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam video yang dimuat naik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Facebook hari ini.
- Rakaman eksklusif mulanya 'serangan' terhadap Tun M
Forum melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad itu menyaksikan keadaan huru-hara apabila selipar, kasut, botol air dan kerusi berterbangan.
Ia berlaku selepas Dr Mahathir ditanya soalan berkaitan peristiwa berdarah Memali lebih 30 tahun lalu yang menyaksikan pertembungan antara pasukan keselamatan dan penduduk kampung di Baling, Kedah.
Peristiwa yang memakan korban nyawa itu berlaku di tahun-tahun awal pentadbiran Dr Mahathir sebagai perdana menteri keempat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment