Write For Us

'Masjidil Haram pun tak tanya parti'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi pengalamannya sambil menyatakan rasa kecewa apabila beliau dilarang menggunakan pekarangan Masjid An-Nur di Pekan Kundang Ulu, Pagoh untuk majlis berbuka puasa serta menyampaikan sumbangan beras oleh anggota jawatankuasa masjid baru-baru ini.
Muhyiddin terpaksa meneruskan program tersebut di pekarangan rumah persendirian yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari Masjid An-Nur.
“Saya teringat baru-baru ini saya pergi ke umrah, orang banyak di Mekah. Tak ada pun orang jaga depan pintu Kaabah atau pun Masjid al-Haram yang tanya: awak Umno atau PAS? Di situ dari seluruh dunia apa-apa parti pun datang untuk menunaikan ibadah," katanya.
Dalam ucapannya kepada kira-kira 200 hadirin semalam, Muhyiddin meluahkan kekecewaan terhadapan sekatan itu yang mencatatkan sejarah buat pertama kali sejak beliau menjadi wakil rakyat.
Beliau berkata, tiada satu masjid yang tidak mendapat bantuannya sepanjang beliau berkhidmat kepada kawasan Pagoh.
Berbeza dengan pengalamannya di kawasan itu, Muhyiddin sebaliknya memuji kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP yang membuka masjid tanpa mengira mana-mana fahaman politik.
Beliau menceritakan pengalamannya di suatu majlis berbuka puasa di Masjid Pulau Betong, Balik Pulau.
Pada 1 Jun lalu Malaysiakini melaporkan, Muhyiddin tidak mendapat keizinan untuk mengadakan majlis berbuka puasa serta menyampaikan sumbangan beras yang sepatutnya diadakan di Masjid An-Nur.
Larangan itu kata Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pagoh, Datuk Tahir Mohd Taat, disampaikan melalui surat yang difaks ke pejabat pusat komuniti parlimen Pagoh oleh Pejabat Kadi Daerah Tangkak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment