Pemangku presiden Umno, Mohamad Hasan menggesa agar rakyat Malaysia berbilang kaum di Malaysia supaya saling memahami budaya dan agama masing-masing bagi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran sesama kaum.
Jelasnya, mutakhir ini sikap syak wasangka antara kaum tampak kian meningkat yang menurutnya disebabkan kurang pemahaman terhadap budaya lain tidak seperti masa lalu.
Beliau menggesa semua rakyat Malaysia menyertai masyarakat berbilang kaum serta memupuk semangat perpaduan terutamanya di kalangan anak-anak.
Mat Hasan berketa demikian sselepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di ibu pejabat parti it hari ini.
Selaku tuan rumah, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata acara tahunan itu menunjukkan kesatuan di kalangan parti komponen BN dan mencerminkan perkara sama di negara ini.
Turut hadir ialah Presiden MIC SA Vigneswaran dan Presiden Gerakan Dominic Lau.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment