Write For Us

'Mat Over, David Teo duduk sama, macam inilah yang kita nak'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Kelibat penerbit filem, David Teo yang duduk diapit pelakon Mat Over dan Datuk Rosyam Noor dalam satu majlis malam tadi mencuri tumpuan Perdana Menteri.
Ketika ucapannya, Datuk Seri Najib Razak menjadikan Mat Over dan David sebagai contoh bagi memupuk perpaduan di negara ini.
Mat Over, atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin dan Teo terlibat dalam perbalahan di hadapan Najib semasa dialog TN50 di kediaman rasmi perdana menteri minggu lalu.
"Ni, depan saya ni, nampaknya saudara Mat Over pun hadir dan Mejar David Teo pun ada, duduk sama-sama lagi.
"Macam ni la yang kita nak, ini yang saya mahu sebagai PM dan kerajaan hendak lihat rakyat kita bersatu-padu, barulah Malaysia akan berjaya," kata Najib pada majlis pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional 2016 di UiTM, Shah Alam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment