Write For Us

Mat Sabu, Guan Eng, Azmin angkat sumpah jawatan menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai barisan 13 anggota Kabinet mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini.
Istiadat itu yang berlangsung di Singgahsana Kecil turut disaksikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Istiadat berkenaan bermula pada 5.45 petang dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Dr Wan Azizah, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.
Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama di negara ini.
Turut mengangkat sumpah berkenaan ialah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.
Anggota Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik pula mengangkat sumpah sebagai Menteri Pendidikan, Anggota Parlimen Titiwangsa Rina Mohd Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar), Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi), Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke (Menteri Pengangkutan).
Turut mengangkat sumpah ialah Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Naib Pengerusi DAP M. Kulasegaran (Menteri Tenaga Manusia), Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan).
Dr Mahathir dijangka menamakan anggota Kabinet yang seterusnya secara berperingkat.
Selepas istiadat itu, Dr Mahathir dan anggota Kabinet dijadual menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama Yang di-Pertuan Agong.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment