Selepas spekulasi mendakwa akan ada usul undi tak percaya dibuat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Isnin lalu, bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kini mengambil pendekatan 'berahsia' berhubung tindakan yang akan dilakukannya selepas ini.
Malah, ketika ditanya apakah perancangannya selepas ini, Ahmad Said menyerahkan perkara itu kepada Allah kerana beliau tidak tahu apakah perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.
"Saya tak tahu (apa akan terjadi selepas ini). Saya tak tahu, saya bukan pakar strategi. Saya seorang je. Tapi kena ingat, walaupun seorang ia boleh berikan kesan, apa-apa pun boleh terjadi walaupun saya seorang.
"Bila rahsia, beritahu lebih dari sorang, bukan rahsia lagi," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kemaman, Terengganu.
Selain itu, ditanya tentang masa depan politiknya sama ada akan terus bertanding dalam pilihan raya, Ahmad Said hanya tersenyum dan berkata beliau tidak diberikan kelebihan oleh Allah untuk meramal masa depan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment