Write For Us

Maut dibaling kerusi: 'Dua tahun kes adik Satiswaran masih dalam proses?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
53 Views
Published
Pengerusi Satiswaran Action Team, Arun Dorasamy hari ini menggesa pihak polis memberikan perkembangan terbaru mengenai siasatan kes remaja yang maut dibaling sebuah kerusi.

Dalam sidang media yang dihadiri oleh ahli keluarga mangsa, Arun berkata sehingga kini masih belum ada sebarang keputusan berhubung siasatan itu sejak dua tahun kejadian itu berlaku.

Pada Januari 20218, S. Sathiswaran, 14, maut di bawah Flat PPR Sri Pantai selepas terkena balingan sebuah kerusi dipercayai dari tingkat 21 flat tersebut.

Sebelum ini ahli keluarga remaja tersebut pernah menyuarakan kekecewaan mereka dan tidak berpuas hati dengan cara polis mengendalikan kes itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Pengerusi Satiswaran Action Team, Arun Dorasamy, S. Sathiswaran
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment