Write For Us

Mayat pertama pelajar PSMZA ditemui

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Seorang daripada empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang hilang dihanyutkan ombak ketika mandi-manda di Pantai Teluk Bidara, di sini Jumaat lalu, ditemukan mati lemas pada kira-kira 7.30 pagi ini.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata mayat yang dipercayai Muhammad Zul Fahmi Zuki itu ditemukan orang awam dalam keadaan terdampar di pesisir pantai berdekatan Mayang Sari Resort, Dungun, Terengganu.
Menurut Azman, pihaknya kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat tiga lagi yang masih hilang di kawasan lokasi yang sama mangsa ditemukan mati lemas, sehingga ke kawasan Kuala Dungun dan Pantai Teluk Gadung.
Dalam kejadian 6.30 petang Jumaat lalu, Muhamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin; Muhammad Zul Fahmi; Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan; dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, kesemuanya berumur 21 tahun, dikatakan mandi di kawasan berbatu dan tergelincir, sebelum dipercayai ditarik ombak.
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment