Write For Us

Mazlan minta maaf pada Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Bekas calon BN di Permatang Pauh, Mazlan Ismail hari ini memohon maaf kepada bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya pada sidang akhbar, lima tahun lalu.
Mazlan yang meletak jawatan sebagai ketua pegawai operasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Jun lalu pernah mengaitkan Anwar dengan rasuah serta menuduhnya menyogok badan kehakiman melalui firma guaman mendiang Karpal Singh.
Dalam kenyataannya di mahkamah terbuka hari ini, Mazlan melahirkan rasa kesal kerana mengadakan sidang akhbar itu tanpa mengesahkan dakwaan yang dibuat.
"Saya mengakui kenyataan itu dibuat tanpa sebarang bukti konkrit, dan saya menyatakan kesal atas kenyataan itu yang mungkin menjejaskan kedudukan Anwar," katanya.
Selepas membaca kenyataan itu, Mazlan bersalaman dengan Anwar.
Penyelesaian tersebut dirakamkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin.
Anwar memfailkan saman itu pada 15 Okt 2015, mendakwa Mazlan telah mengadakan sidang media dan pada ketika itu mengeluarkan perkataan memfitnah berkenaan yang kemudian disiarkan TV3 melalui Buletin Utama pada 2 Ogos, 2013 dan disiarkan oleh Utusan Melayu melalui akhbar Utusan Malaysia pada keesokannya.
Anwar mendakwa defendan telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya dalam sidang media, yang membawa maksud beliau seorang tidak beretika, rasuah, tidak amanah dan tidak bermoral.
Beliau memohon ganti rugi am, teruk dan injunksi untuk menghalang defendan daripada mengulangi atau menerbitkan semula perkataan memfitnah itu.
Mazlan merupakan bekas calon BN bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Walau bagaimanapun, saman Anwar terhadap TV3 dan Utusan Malaysia masih menunggu penyelesaian kerana kedua-dua syarikat media itu sedang dalam proses meminda pernyataan masing-masing.
Faizah kemudian menetapkan 12 Oktober ini untuk TV3 dan Utusan memuktamadkan pernyataan mereka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment